Kes Amerika Syarikat dengan Huawei adalah kes yang besar. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan perniagaan Huawei tetapi juga akan menjejaskan para pengguna. Antara yang ramai risau adalah apabila Google menarik diri daripada terlibat degan Huawei. Ini bermakna, Android tidak lagi boleh dijalankan pada peranti Huawei yang akan datang.
Disebabkan itu, Huawei bakal hadir dengan sistem operasi tersendiri yang dinamakan ‘Hongmeng OS’. Terkini, Huawei telah pun mendaftar tanda dagang buat ‘Hongmeng OS’ di China. Apa yang menarik dengan Hongmeng ini adalah ia bukan sahaja untuk menggantikan Android, tetapi turut akan menggantikan Windows – jika Microsoft turut dihalang berurusan dengan Huawei. Selain itu, Hongmeng OS turut boleh dijalankan pada televisyen, peranti boleh pakai, kenderaan dan juga tablet.
Namun yang menjadi persoalan sekarang, adakah sistem operasi Hongmeng ini akan dibangunkan dengan platform tersendiri? Atau Huawei akan menggunakan asas Linux dan sedikit AOSP? Buat masa ini tiada informasi lanjut lagi. Kita mungkin akan tahu berita lanjut selepas lesen sementara Google dan Huawei tamat Ogos ini.