Samsung Menggantung Kemaskini Untuk Galaxy S10 Selepas Pengguna Melaporkan Masalah

Samsung Menggantung Kemaskini Untuk Galaxy S10 Selepas Pengguna Melaporkan Masalah

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Semalam kami melaporkan pengguna Galaxy S10, S10+ dan S10e yang melakukan kemas kini XXU1ASE5 melaporkan masalah pada peranti. Dalam kes paling serius, peranti berhenti beroperasi secara rawak beberapa kali sehari. Masalah dapat dilihat sekiranya mereka menggunakan peranti dengan cip pemproses Exynos 9820.

Menurut Sammobile, kemas kini  XXU1ASE5 telahpun digantung oleh pihak Samsung bagi mengelakkan pengguna lain turut mengalami masalah yang sama selepas ia dimuat turun. Samsung belum lagi memberikan tarikh bilakan kemas kini baharu yang membaiki masalah ini akan diberikan. Ia sepatutnya memberikan tampalan sekuriti bulan Mei serta fungsi mod malam yang diperbaiki.



TIPS & ULASAN