Cari @ Amanz

OnePlus 7 Pro yang telah dilancarkan dua minggu lepas adalah telefon pintar OnePlus yang paling lancar. Lebih-lebih lagi pada skrin, kerana ia menggunakan panel Fuid AMOLED dan mempunyai kadar segar 90Hz. Selain itu, Oxygen OS pada OnePlus 7 Pro pula adalah sedikit berbeza. OnePlus telah sertakan beberapa fungsi menarik seperti ‘Zen Mode‘ dan fungsi yang ramai nantikan, iaitu rakaman skrin.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, OnePlus 5 sehingga OnePlus 6T, akan menerima beberapa ciri/fungsi OnePus 7 Pro. Contohnya adalah mod permua Fnatic, Zen Mode, rakaman skrin dan banyak lagi. Hari ini, Oxygen OS Beta 19 untuk OnePlus 6 dan Oxygen OS Beta 11 untuk OnePlus 6T telah tiba. Ia hadir dengan ‘Zen Mod‘ dan juga fungsi rakaman skrin terbina. Lain-lain kemaskini adalah seperti berikut;

  • Sistem
    • Pepijat notifikasi Facebook ketika dalam mod permainan dibaiki
    • Pengalaman tatalan yang lebih lancar dioptimasikan
  • Zen Mode
  • Rakaman Skrin
  • Komunikasi
    • Mendail panggilan kepada kenalan ketika menggunakan dwi-sim ditambahbaik

Sistem operasi beta adalah untuk para pembangun dan juga peminat gajet yang tahu cara untuk selesaikan masalah peranti apabila menggunakan ROM percubaan. Bagi yang tidak yakin menggunakan Oxygen OS Beta, anda boleh muat turun fail .APK Zen Mode dan rakaman skrin untuk digunakan pada peranti anda tanpa sebarang masalah.

Seterusnya, pihak OnePlus turut akan memberikan fungsi Always-On Display pada peranti-peranti OnePus. Cuma buat masa ini mereka masih mempertimbangkannya, kerana fungsi ini akan menyebabkan bateri peranti cepat habis.

Sumber: [1], [2]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd