Pangkalan Data Flipboard Digodam – Kata Laluan Pengguna Telah Ditetapkan Semula

Pangkalan Data Flipboard Digodam – Kata Laluan Pengguna Telah Ditetapkan Semula

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Flipboard ialah aplikasi yang popular sekitar 7 tahun yang lalu kerana ia memudahkan pelbagai berita dari laman yang diminati pengguna dipaparkan di dalamnya. Kami sendiri menggunakan Flipboard bagi memudahkan pencarian cerita-cerita menarik. Kepada mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan ini, akaun anda telah ditetapkan semula selepas Flipboard mengesan pangkalan data mereka telah digodam sebanyak dua kali.

Kejadian berlaku di antara 2 Jun 2018 hingga 23 Mac 2019 dan dari 21-22 2019. Antara data yang dicuri ialah nama pengguna, nama akaun yang digunakan pada Flipboard, kata laluan dan juga emel pengguna. Jumlah sebenar akaun yang dicuri masih belum diketahui. Sungguhpun kata laluan pengguna yang dicuri telah melalui proses penyulitan salted hashing, Flipboard masih melakukan tetapan semula kepada semua akaun pengguna atas sebab keselamatan.


TIPS & ULASAN