Secara tradisi pemproses keluaran Qualcomm dan Samsung akan menggunakan cip terkini ARM. Minggu ini ARM mengumumkan cip Cortex A77 dan GPU Mali-G77 untuk kegunaan pemproses tahun 2020. Menarik sekali MediaTek menjadi pengeluar cip pertama yang mengumumkan pemproses pertama menggunakan Cortex-A77 dan Mali G-77 hari ini.Pemproses yang masih belum diberikan nama ini turut menyokong rangkaian 5G menerusi modem Helio M70. Menerusi modem ini kelajuan muat turun sehingga 4.7 Gbps dan muat naik 2.5 Gbps boleh dicapai. Kemampuan rakaman video ialah sehingga 4K 60FPS dengan sokongan sensor sehingga 80-Megapixel.
MediaTek Mengumumkan Pemproses 5G Pertama Menggunakan Cip Cortex-A77
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.
dengan akaun AmanzMe anda untuk komen.