Cari @ Amanz

Samsung pada sebelum ini telah mensasarkan siri Galaxy M akan menerima kemaskini Android Pie bermula bulan Jun ini. Nampaknya mereka telah mula mengedarkannya dengan lebih awal, bermula dengan peranti Samsung Galaxy M20.

Kemaskini menawarkan antaramuka baru Samsung One UI dengan tampilan yang lebih kemas, selain memudahkan penggunaan pada sebelah tangan. Ia juga membawakan sokongan tema berwarna gelap, disamping menyertakan sejumlah emoji baru berasaskan Unicode 11.0.

Dengan penyertaan Android Pie, peranti ini juga dapat menikmati fungsi Digital Wellbeing yang membolehkan pengguna memantau masa penggunaan pada peranti. Android terbaru ini juga menyertakan paparan pertukaran aplikasi baru, yang kelihatan lebih mudah untuk melihat aplikasi yang sedang berjalan.

Kemaskini hadir dalam saiz 1.88GB yang mana turut menyertakan perlindungan sekuriti bulanan bagi bulan Mei 2019. Ia telah mula diedarkan kepada pengguna secara berperingkat bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd