Samsung telah melancarkan Galaxy M10 & Galaxy M20 di Malaysia pada awal tahun ini, namun ia hanya menjalankan Android Oreo sewaktu ia dilancarkan. Namun bermula Jun ini, kedua-dua peranti ini bakal menerima kemaskini untuk menikmati sistem operasi Android 9.0 Pie.
Sebagai peranti keluaran peranti tahun ini, penawaran sistem operasi Galaxy M ini dilihat sedikit ketinggalan kerana tidak menjalankan sistem operasi terkini. Ia berbeza dengan siri Galaxy A (2019) yang sedia menjalankan Android Pie secara terbina. Namun dengan pengumuman terbaru ini, ia sedikit sebanyak menarik nafas lega kepada pengguna siri Galaxy M untuk menikmati Android Pie ini.
Namun begitu, Samsung tidak menyatakan sebarang fungsi yang bakal dibawa menerusi kemaskini Android Pie. Namun seperti peranti Samsung yang lain, ia bakal membawakan One UI dengan tampilan yang lebih kemas dan lebih mesra untuk penggunaan di sebelah tangan.
Dengan pengenalan kemaskini ini, Samsung nampaknya komited dalam menawarkan kemaskini terkini, termasuk peranti yang dijual pada harga yang rendah. Jadi untuk menikmatinya pada Galaxy M10 dan M20, kemaskini Android Pie ini bakal diperkenalkan secara berperingkat pada seawal Jun ini.