Cari @ Amanz

Jika anda kerap menaiki penerbangan jarak jauh, fon kepala dengan pembatalan hingar adalah wajib digunakan bagi memudahkan proses tidur. Di pasaran Malaysia kini terdapat banyak fon kepala dengan pembatalan hingar seperti Sony MDR-1000XM3 dan Jabra Elite 85h yang baru dilancarkan di Malaysia semalam. Bagi peminat Bose, Noise Cancelling Headphones 700 telah diumumkan pagi tadi.

Fon kepala dengan sistem pembatalan hingar aktif iniĀ  mempunyai rekaan yang bergaya jika dibandingkan dengan keluarga Quiet Comfort yang juga dihasilkan oleh mereka. Jika dibandingkan dengan QC 35 II, Noise Cancelling Headphone 700 mempunyai tahap pembatalan hingar yang lebih baik serta pelbagai tahap yang tidak ditawarkan sebelum ini.

Sistem Bose AR baharu disertakan bagi memberikan kemampuan audio terimbuh pertama di dunia. Butang khas untuk menyeru pembantu maya Google Assistant dan Alexa disertakan. Kawalan audio menerusi pad sesentuh turut boleh dilakukan.

Dengan sekali caj, fon kepala ini boleh berfungsi sehingga 25 jam dengan tempoh pengecasan penuh pula ialah 2.5 jam. Ia dicas semula menggunakan port USB-C. Bose Noise Cancelling Headphones 700 dijual pada harga $400 (~RM 1700) sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd