Samsung Menyambung Semula Proses Kemas Kini Untuk Galaxy S10

Samsung Menyambung Semula Proses Kemas Kini Untuk Galaxy S10

Diterbitkan pada Mei 30, 2019 oleh .

Proses kemas kini untuk Samsung Galaxy S10+. Galaxy S10 dan Galaxy S10e telah disambung semula selepas digantung kerana menyebabkan masalah peranti gagal berfungsi. Buat masa ini, versi kemas kini baharu hanya diberikan kepada pengguna di Switzerland. Ia kemudian akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia.

Kemas kini ini memberikan penambahbaikan pada sistem mod Bright Night serta menggunakan sistem Live Focus menggunakan lensa telefoto. Turut disertakan ialah tampalan sekuriti Android bagi bulan Mei. Ia juga diharap akan menyelesaikan masalah peranti gagal berfungsi secara rawak pada pengguna yang melakukan kemas kini sebelum ini.


TIPS & ULASAN