Menerusi peranti Galaxy Note, Samsung kerap bereksperimentasi dengan fungsi baharu yang kemudiannya disertakan pada peranti lain keluaran mereka. Sebagai contoh sistem dwi-kamera dengan zum optikal diperkenalkan terlebih dahulu pada Note 8. Menurut laporan Android Police, perubahan lebih drastik bakal diperkenalkan pada Note 10 kelak.
Memetik sumber dalaman, laporan mereka mengatakan Note 10 kelak tidak akan lagi mempunyai sebarang butang fizikal pada bahagian sisi. Ia sebaliknya digantikan dengan butang haptik seperti yang ditemui pada HTC U12+. Bicu audio juga tidak lagi disertakan pada peranti Note sama seperti yang berlaku pada Galaxy A8S dan Galaxy Fold.
Tahun ini Samsung diramalkan akan menghasilkan dua model Galaxy Note. Kedua-duanya akan mempunyai saiz skrin berbeza. Secara peribadi penggunaan butang haptik pada hemat kami adalah tidak mesra pengguna selepas mengulas HTC U12+.
Kemaskini
Menurut IceUniverse yang terkenal sebagai akaun peniris maklumat peranti di Twitter pula, Galaxy Note 10 akan mengekalkan butang fizikal. Ini adalah kerana selepas melakukan pelbagai ujian, prototaip tanpa butang fizikal tidak melepasi standard yang ditetapkan oleh Samsung.
Note10 pursues stability and maturity. In the first version, Note10 did not have physical buttons. It was very radical but it did not pass Samsung's rigorous testing, so the final version of Note10 still retains physical buttons.
— Ice universe (@UniverseIce) May 31, 2019