Samsung Galaxy Fit-e Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM139
Effi Saharudin
Penjejak kesihatan Samsung Galayx Fit-e dilancarkan pada pertengahan Mei lalu sebagai alternatif kepada Mi Band. Bagi mereka yang lebih selesa dengan ekosistem Samsung, Galaxy Fit-e akan ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM139 seutas. Pengumuman harga ini dilakukan ketika pelancaran program iChaged oleh Samsung.

Samsung Galaxy Fit-e dilengkapi skrin 0.74-inci PMOLED hitam putih, bateri sebesar 70 mAh yang mampu bertahan sehingga 13 hari, pengimbas nadi, penjejak tidur, tahan air sehingga 5 ATM dan menyokong notifikasi dari peranti pintar yang ditambat. Turut disertakan ialah sokongan bluetooth 5.0.
Walaupun harga Galaxy Fit-e telah diumumkan, tarikh jualan umum masih lagi misteri kerana ia hanya ditawarkan percuma kepada pembeli Galaxy S10 sahaja ketika artikel ditulis.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.