Paten rekaan kamera yang terbina di dalam skrin Samsung telah mula muncul di atas talian tahun lalu. Tetapi menarik sekali ia masih belum digunakan oleh gergasi Korea ini. Hari ini pesaing mereka Oppo dan Xiaomi telah lebih awal memperlihatkan sistem yang sama pada peranti mereka di media sosial.
For those seeking the perfect, notchless smartphone screen experience – prepare to be amazed. 📲
You are taking a very first look at our under-display selfie camera technology. RT! 🤯 pic.twitter.com/FrqB6RiJaY
— OPPO (@oppo) June 3, 2019
Oppo menerusi akaun Twitter rasmi telah menerbitkan ciapan di atas. Apabila menggunakan kamera swafoto, bahagian atas skrin akan menjadi gelap diikuti oleh animasi yang menunjukkan lokasi kamera di bawah permukaan skrin. Sistem kamera Xiaomi pula dapat dilihat di bawah. Ruang dahi peranti untuk kamera dapat dilihat lebih kecil berbanding yang digunakan pada peranti Oppo.
Do you want a sneak peek at the future? Here you go…introducing you to Under-Display Camera technology!#Xiaomi #InnovationForEveryone pic.twitter.com/d2HL6FHkh1
— Xiaomi #5GIsHere (@Xiaomi) June 3, 2019
Buat masa ini tiada maklumat mengenai teknologi dan pengeluar skrin yang digunakan. Yang pasti ialah era teknologi skrin bertakuk dan berlubang pastinya akan berakhir sejurus selepas teknologi kamera terbina dalam skrin ini diperkenalkan pada peranti sebenar.