Cip Snapdragon 7cx Bakal Dihasilkan Untuk Komputer Riba Windows 10 ARM Mampu Milik

Cip Snapdragon 7cx Bakal Dihasilkan Untuk Komputer Riba Windows 10 ARM Mampu Milik

Diterbitkan pada Jun 3, 2019 oleh .

Di Computex minggu lalu, komputer riba Lenovo Project Limitless telah diperlihatkan sebagai yang pertama dengan sokongan 5G dan penggunaan cip Snapdragon 8cx. Komputer Windows 10 yang menggunakan cip ARM ini hanya akan ke pasaran pada tahun 2020. Tetapi kini pihak Qualcomm mengesahkan cip Snapdragon 7cx akan turut dilancarkan untuk komputer riba mampu milik.

Ini didedahkan oleh Don McGuire yang merupakan timbalan presiden pemasaran produk global Qualcomm di dalam podcast Mobile Tech. Dengan cip yang menggunakan kod nama Snapdragon 7cx. Menerusi cip ini komputer riba yang dijual pada harga di antara $300-800 (~RM1255-3347) sebuah.

Dengan penggunaan cip Snapdragon, komputer riba yang mempunyai ketahanan bateri sepanjang hari dan sentiasa bersambung kepada internet dapat dihasilkan. Ini selari dengan visi sistem operasi masa hadapan yang dikongsi Microsoft baru-baru ini.



Paling Popular