Apple Memperkenalkan Panel Paparan 32-inci Retina 6K, Pro Display XDR
June 4, 2019
Apple
Aman
Bersama-sama pengenalan komputer berkuasa tinggi Mac Pro, Apple turut memperkenalkan panel paparan serba baru mereka, iaitu Pro Display XDR.

Pro Display XDR hadir dengan skrin bersaiz 32-inci pada resolusi 6K Retina. Dengan penawaran panel berkuasa, ia juga menawarkan kadar kecerahan 1000-nit – sekaligus menjadikan ia sebagai antara panel terbaik dipasaran untuk kerja-kerja penyuntingan multimedia.
Dari segi rekaan, ia selari dengan rekaan Apple lain, selain turut disesuaikan dengan rekaan Mac Pro baru. Pengguna turut boleh memutarkan paparan panel ini sama ada ingin secara menegak atau mendatar.
Buat masa ini, ia disenaraikan di Amerika Syarikat pada harga bermula $4999.
