Apple iOS 13 Akan Menyokong iPhone SE, iPhone 6S Dan Terkini
June 4, 2019
Aman
Apple hari ini telah pun memperkenalkan sistem operasi mudah-alih terbaru mereka, iaitu iOS 13. Bersama-sama dengannya, ia menawarkan prestasi lebih baik, disamping menyertakan ciri-ciri baru seperti sokongan tema gelap dan lain-lain.
Kini, lanjutan daripada pengumumannya, pihak Apple turut menyatakan peranti yang akan menyokong sistem operasi ini.
Apple iOS 13 kelak akan dapat digunakan pada iPhone-iPhone berkenaan, iaitu:
- iPhone SE
- iPhone 6S dan 6S Plus
- iPhone 7 dan 7 Plus
- iPhone 8 dan 8 Plus
- iPhone X
- iPhone XR
- iPhone XS dan XS Max
- iPod Touch (Generasi Ke-7)
Buat masa ini, versi pembangunan iOS 13 boleh diuji oleh para pembangun. Versi akhir dijangka diperkenalkan untuk pengguna umum sekitar September kelak.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.