Semalam Xiaomi dan Oppo akhirnya memperlihatkan teknologi kamera yang terletak di bawah skrin yang digunakan pada telefon pintar. Inovasi terkini akan menghapuskan penggunaan ruang dahi, takuk, lubang kamera, tubuh lungsur dan kamera pop naik yang digunakan pada peranti semasa. Peranti dengan skrin sepenuhnya di bahagian hadapan akan akhirnya menjadi realiti.Pihak Xiaomi telah berkongsi sedikit sebanyak teknologi yang digunakan untuk merealisasikan teknologi menerusi ciapan akaun timbalan presiden kanan mereka Wang Xiang. Kamera sebesar 20-Megapixel diletakkan di belakang lapisan skrin.
Sebahagian kecil kawasan skrin akan mempunyai lapisan anod serta katod yang membenarkan cahaya dari luar melepasi permukaan skrin dan sampai ke sensor kamera. Mereka turut mendedahkan teknologi ini dibangunkan sendiri bukannya Samsung seperti beberapa spekulasi yang muncul semalam.
Xiaomi's Under-Display Camera Technology could be the ultimate solution for a Full Screen Display coexisting with a front camera! RT if you love it. #InnovationForEveryone pic.twitter.com/8e7EdEBn8J
— Wang Xiang (@XiangW_) June 3, 2019