Apple Turut Membawakan Sokongan Tetikus Untuk iPad Melalui iPadOS
Aman
Salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna iPad adalah sokongan tetikus pada tablet berkenaan. Kini, melalui iPadOS, pihak Apple merealisasikan perkara berkenaan.

Melalui fail pembangunan iPadOS, ia dilihat Apple akan menyertakan sokongan tetikus untuk iPad – termasuk menggunakan tetikus berasaskan USB mahupun dengan sambungan berasaskan Bluetooth.
Dengan langkah ini juga, ia sekaligus menjadikan iPad sebagai salah satu pengganti untuk komputer, sekaligus memudahkan lagi pengguna dalam menggunakannya untuk pelbagai aktiviti produktiviti – apatah lagi dengan sokongan sejumlah ciri-ciri baru padanya melalui iPadOS.
https://twitter.com/stroughtonsmith/status/1135653636145590273
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.