Carian
Huawei Maimang 8 Dilancarkan Di China – Kirin 710, Tri-Kamera Belakang
June 5, 2019 Aman

Huawei hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran China, iaitu Huawei Maimang 8. Jikalau dibandingkan, peranti ini adalah sama seperti Huawei P Smart+ 2019 yang telah dilancarkan pada tahun lepas, ataupun model Huawei Enjoy 9s yang dilancarkan beberapa bulan lepas.

Huawei Maimang 8 hadir dengan skrin bertakuk 6.21-inci, menawarkan nisbah skrin 19.5:9, dijana cip Kirin 710, pilihan memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB.

Huawei Maimang 8

Untuk rakaman gambar, Huawei Maimang 8 menyertakan tri-kamera belakang gabungan 24MP + 16MP + 2MP, sementara untuk rakaman swafoto pula, ia menyertakan kamera 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 3400mAh.

Telefon pintar ini hadir menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie, dan dilengkapi antaramuka EMUI 9.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah nama pemasaran untuk model peranti ini bagi pasaran global. Di China, Huawei Maimang 8 ini ditawarkan pada harga 1899 Yuan, iaitu sekitar RM1142.

Komen