Muzik Latar Dari Permainan Final Fantasy Boleh Distrim Di Spotify Dan Apple Music

Muzik Latar Dari Permainan Final Fantasy Boleh Distrim Di Spotify Dan Apple Music

Diterbitkan pada June 6, 2019 oleh .

Beberapa bulan yang lalu hampir kesemua katalog muzik latar permainan video Capcom ditawarkan di Spotify. Hari ini hampir kesemua muzik latar permainan video Final Fantasy mula ditawarkan di Spotify dan Apple Music. Selain itu muzik latar dari filem The Spirits Within juga boleh didengari. Anda hanya perlu melakukan carian ‘Final Fantasy Original Soundtrack’ untuk menikmati koleksi ini.

Namun begitu koleksi muzik latar rasmi ini masih kurang lengkap kerana Final Fantasy X-2 dan Final Fantasy VII Advent Children tidak ditawarkan. Sebagai peminat muzik yang dihasilkan oleh Nobuo Uemutsu, ini adalah koleksi yang telah lama kami mahukan. Tiba masanya untuk menstrim Balamb Garden dan Liberi Fatali dalam perjalanan melawat saudara mara di kampung.


TIPS & ULASAN