Android Q Beta 4 Kini Boleh Dimuat Turun – Semakin Hampir Ke Versi Akhir

Android Q Beta 4 Kini Boleh Dimuat Turun – Semakin Hampir Ke Versi Akhir

Diterbitkan pada June 6, 2019 oleh .

Android Q adalah versi Android yang paling memfokuskan privasi. Ketika acara Google I/O 2019, Google telah menjelaskan banyak fungsi dan ciri menarik yang akan hadir dalam Android Q. Pada acara tersebut, Android Q Beta 3 telah hadir dan sedia untuk diuji oleh 21 peranti. Hari ini, pada Hari Raya kedua – Google telah mula mengedarkan Android Q Beta 4.

Android Q Beta 4 adalah satu kemaskini yang kecil. Saiznya hanya beberapa ratus MB sahaja. Contoh pada Google Pixel 3a XL kami, saiznya hanya 297.5MB. Walaupun hanya kemaskini yang kecil, ia hadir dengan banyak ciri dan fungsi baharu. Berikut adalah beberapa senarai yang ditemui dalam kemaskini ini;

  • Pengurusan aplikasi yang berjalan di latar untuk aplikasi terapung yang lebih baik (Display over other apps).

  • Cara pengaktifan mod tema gelap yang lebih ringkas.

  • Pengurusan notifikasi dan tetapan notifikasi yang lebih baik.

  • Sokongan ‘Dynamic Update’, percubaan Android versi baru tanpa sebarang GApps dan tanpa memasangnya pada peranti secara kekal (seakan pelagak).

  • Ikon nyahkunci peranti kini berada di atas dan tidak lagi di bawah.

  • Lebih banyak pilihan warna untuk mengubah tema.

  • Ikon menukar mod menegak/landskap kini hadir pada kawalan gesture.

  • Kemaskini tampalan sekuriti bulan Jun 2019.

  • Banyak lagi kemaskini kecil yang ditambahbaik dari Android Q Beta 3.

Kemaskini Android Q Beta 4 ini turut sudah disertakan dengan API versi akhir. Ini bermakna, Beta 5 kelas adalah versi percubaan yang paling hampir dengan versi stabil. Selain itu, Pixel 3a dan Pixel 3a XL turut boleh mencuba Android Q Beta 4 kali ini – selepas Beta 3 ditarik kembali pada bulan lepas.

Seperti biasa, versi beta atau percubaan akan ada pepijat dan masalah. Contoh pada versi ini adalah, masalah kepada akses fail-fail dalam peranti seperti gambar, video, fail-fail media dan fail-fail lain akan mempunyai masalah. Turut dilaporkan oleh sebilangan pengguna melalui Android Police yang kemaskini ini turut akan menyebabkan bootloop pada peranti.

Kemudian atas percubaan saya pada Pixel 3a XL ia mempunyai masalah lengah masa yang serius berbanding Beta 3 yang dipasang secara manual sebelum ini. Jadi bagi mereka yang ingin mencubanya, perlu berhati-hati dan tahu apa yang anda ingin lakukan pada peranti anda.

Muat Turun Andorid Q Beta 4 Di Sini Untuk Semua Peranti Pixel



TIPS & ULASAN