Nubia Red Magic 3 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Nubia Red Magic 3 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 8, 2019 oleh .

Nubia Red Magic adalah siri telefon pintar mercu yang memfokuskan permua. Jenama ini paling menarik perhatian ramai kerana harga jualannya yang sangat murah jika dibandingkan dengan pesaing lain. Peranti terbaru Nubia dalam siri ini, Nubia Red Magic 3 telah pun dilancarkan secara rasmi pada 28 April lalu.

Terkini, Nubia Malaysia telah mengacah di Facebook mereka yang peranti ini bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Nubia Red Magic menggunakan skrin AMOLED 6.65-inci 90Hz, Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Terrdapat kipas penyejuk di dalam yang berpusing pada kadar 14,000 rpm.

Untuk kamera ia menggunakan lensa 48MP yang mampu merakam video 8K dan kamera swafoto adalah 16MP. Dari segi bateri, ia mempunyai kapasiti 5000mAh dan menggunakan sistem pengecasan pantas USB-PD. Harga jualan di China bermula pada sekitar RM1700.

Bagaimana pula harga jualannya di Malaysia kelak? Mampukah ia dijual pada harga yang kompetitif? Jika ya, ucapkan selamat tinggal kepada OnePlus 7 Pro.


TIPS & ULASAN