Carian
Mozilla Akan Hadir Dengan Sejumlah Penawaran Berbayar Tidak Lama Lagi – Firefox Premium?
June 9, 2019 Aman

Mozilla pada hari ini menjana majoriti pendapatan mereka melalui integrasi enjin carian. Hampir 90% pendapatan adalah melaluinya, tetapi bergerak kehadapan, pembangun pelayar web berkenaan sedang melihat untuk mempelbagaikan lagi penawaran dan pendapatan mereka.

Bercakap melalui sebuah temuramah khas, pihak Mozilla turut berkongsi mengatakan mereka akan hadir dengan sejumlah penawaran perkhidmatan berbayar kepada pengguna tidak lama lagi. Penawaran ini dijangka dikongsikan seawal bulan Oktober 2019 kelak.

Antara penawaran berbayar yang dijangka akan ditawarkan adalah termasuk sokongan VPN berbayar, mahupun storan awan yang lebih selamat dan peribadi pada bayaran langganan bulanan. Selain daripada pelayar web Firefox yang popular, Mozilla juga turut mempunyai penawaran perkhidmatan kandungan melalui Pocket.

Mozilla menyasarkan untuk berkongsi lanjut mengenainya sekitar bulan Oktober 2019 ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran mereka tidak lama lagi.

Komen