Peranti Kelas Permulaan Redmi Tidak Lagi Akan Menerima Kemaskini MIUI Versi Beta

Peranti Kelas Permulaan Redmi Tidak Lagi Akan Menerima Kemaskini MIUI Versi Beta

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

Sehingga hari ini, Xiaomi mempunyai banyak telefon pintar dan tablet yang menjalankan MIUI. Oleh yang demikian, Xiaomi telah mengumumkan strategi baharu untuk lebih memfokuskan kepada kemaskini MIUI buat peranti-peranti mereka yang sedia ada.

Bermula 5 Julai ini, peranti Xiaomi yang berumur lebih setahun tidak lagi akan menerima kemaskini MIUI versi beta. MIUI versi beta hanya boleh diuji oleh peranti-peranti Xiaomi yang usianya kurang dari setahun. Akan tetapi, kemaskini MIUI versi stabil akan terus dikekalkan. Melalui strategi ini, Xiaomi akan lebih fokus kepada pembangunan MIUI untuk memastikan ia kekal stabil dan mempunyai prestasi yang akan memuaskan pengguna.

Bukan itu sahaja, berita sedih buat pengguna-pengguna peranti Redmi kelas permulaan dan kelas pertengahan asas – untuk peranti-peranti dalam kelas ini, Xiaomi tidak lagi akan bangunkan MIUI versi beta. Untuk keselamatan, Xiaomi menggalakkan mereka yang menjalankan MIUI versi beta pada peranti-peranti kelas ini dan peranti-peranti berusia lebih setahun – untuk kembali menjalankan MIUI versi stabil.

Sebelum ini, Xiaomi sudah pun menghentikan kemaskini MIUI versi beta untuk beberapa peranti Redmi. Nampaknya, peranti Redmi yang ‘murah’ tidak lagu berpeluang mencuba versi baru MIUI lebih awal dari biasa.


TIPS & ULASAN