Cari @ Amanz

OnePlus mempunyai dua sistem operasi tersendiri. Hydrogen OS untuk pengguna di China dan Oxygen OS untuk pengguna global. Kedua-duanya sama sahaja, yang membezakan adalah Oxygen OS mempunyai Google Play Store dan GApps. Manakala Hydrogen OS menggunakan gedung aplikasi tersendiri.

Hydrogen OS kebiasaannya menerima kemaskini baharu sedikit lebih awal berbanding versi global. Terkini, Hydrogen OS beta tertutup hadir dengan kemaskini yang pasti ramai nantikan. OnePlus mula menyertakan kawalan gesture seakan Android Q. Melalui kawalan gesture ini, pengguna boleh tatal dari kiri/kanan untuk kembali ke aplikasi sebelumnya dan tatalan dari bawah adalah untuk pergi ke skrin utama atau membukan senarai aplikasi terbuka.

Jika kita rujuk kembali peranti-peranti dari China yang lain, seperti Xiaomi – kawalan gesture seperti ini sudah lama diimplementasikan pada peranti mereka. Sejak Google mula memperkenalkannya dalam Android Q, ia baru mula menjadi trend – kerana Google inginkan kawalan gesture seperti ini menjadi standard untuk peranti-peranti Android. Kita mungkin akan lihat kawalan gesture ini hadir ke beta terbuka Oxygen OS tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd