Cari @ Amanz

Android Q Beta 3 telah diumumkan beberapa hari lepas sempena acara Google I/O 2019. Ciri dan fungsi-fungsi unik pada Android Q kini ditambah baik dan nampka lebih jelas apa yang Google ingin fokus. Paling menarik adalah kawalan gesture Android Q yang terkini.

Pada bulan April lepas, Google telah menguji dua jenis kawalan gesture. Satu yang seakan iPhone X dan satu lagi yang seakan MIUI. Nampaknya Google lebih gemarkan kawalan gesture seakan iPhone X, kerana itu adalah kawalan gesture yang mereka sertakan dalam Android Q Beta 3. Bukan itu sahaja, sudahlah Google meniru iPhone – mereka ingin jadikan kawalan gesture ini sebagai standard untuk semua peranti Android dan pengeluar tidak lagi dibenarkan hadir dengan kawalan gesture tersendiri.

Tidak pasti bagaimana Google ingin kawal kesemua pengeluar peranti melakukan sedemikian. Setiap pengeluar hadir dengan kawalan gesture tersendiri kerana ia sesuai digunakan pada sistem operasi mereka. OnePlus dengan kawalan yang lancar, MIUI dengan kawalan yang memudahkan, OneUI dengan kawalan yang berasaskan tiga bahagian atau juga EMUI, ColorOS dan lain-lain yang telah menghabiskan masa dan tenaga untuk bina kawalan gesture tersendiri – tidak pasti jika kesemua akan ingkar arahan Google.

Jika Android One atau Android asli mungkin mudah. Google turut menyatakan yang akan hanya ada dua pilihan kawalan navigasi sahaja. Satu kawalan klasik dengan tiga butang dan kedua adalah kawalan gesture Android Q. Kesemua ini akan bermula dengan Android Q stabil tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd