Cari @ Amanz

Oppo tidak asing dengan peranti yang mempunyai sistem kamera pop-naik. Begitu juga dengan peranti boleh lipat mereka yang dilihat mirip dengan Huawei Mate X. Terkini, Oppo dilihat telah mempatenkan sebuah peranti yang menggabungkan kedua-duanya sekali – kerana mengapa tidak?

Paten terbaru untuk peranti Oppo ini dilihat adalah sebuah peranti boleh lipat dengan sistem kamera pop-naik. Peranti ini boleh dilipat menggunakan engsel yang mirip dengan teknologi TCL, DragonHinge. Apa yang menjengkelkan dengan rekaan peranti sebegini adalah, terdapat lekuk di bahagian belakang peranti untuk memastikan peranti dilipat dengan keadaan hampir rata. Ini mungkin terpaksa disertakan kerana bonjol kamera yang terdapat pada bahagian belakang.

Jika Oppo boleh sertakan kamera pop-naik dengan rekaan sirip jerung, saya yakin Oppo juga berani menghasilkan peranti yang kelihatan pelik ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd