Nubia Red Magic 3 Dengan Snapdragon 855, Bateri 5000mAh, Kipas Penyejuk, Berharga RM2199 Di Malaysia

Nubia Red Magic 3 Dengan Snapdragon 855, Bateri 5000mAh, Kipas Penyejuk, Berharga RM2199 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

Nubia telah pun sedia mengacah kehadiran Red Magic 3 untuk pasaran Malaysia, dan kini telah pun ada penjual yang mula mengambil pra-tempahan untuknya, sekaligus mendedahkan harga jualan tempatannya adalah RM2199.

Nubia Red Magic 3

Red Magic 3 merupakan telefon pintar memfokuskan kepada permua (permainan mudah-alih), dimana ia menyertakan pelbagai spesifikasi berkuasa, selain dilengkapi beberapa ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.65-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 855, memori 8GB RAM, dan storan 128GB.

Nubia Red Magic 3

Untuk rakaman gambar, Red Magic 3 menggunakan kamera belakang 48-megapixel, selain kamera hadapan 16-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Beberapa ciri-ciri tambahan yang disertakan padanya adalah termasuk sokongan pencahayaan RGB dibelakang, selain menyertakan kipas penyejuk untuk memastikan peranti menawarkan prestasi yang baik untuk jangka masa panjang.

Melalui penyenaraian DirectD, mereka memperlihatkan peranti ini akan dijual secara rasminya bermula 21 Jun 2019 kelak. Jadi, pada harga RM2199, adakah ini akan menjadi telefon permua pilihan anda?


TIPS & ULASAN