Cari @ Amanz

Sehingga kini pelancaran peranti skrin boleh lipat Samsung Galaxy Fold terpaksa ditangguh kerana masalah yang ditemui pada pengguna awal. Tarikh pelancaran semula peranti ini masih belum disahkan. Tetapi jika masalah tidak dapat diselesaikan, Samsung mungkin sudahpun mempunyai rekaan alternatif berdasarkan paten yang telah difailkan.

Paten peranti dengan skrin yang boleh digulung ini ditemui oleh laman LetsGoDigital. Ia dipatenkan pada 28 November 2018 ke badan WIPO dan ia telah diterbitkan pada 6 Jun yang lalu. Menerusi rekaan skrin boleh gulung ini, skrin peranti boleh berubah dari 3.5-inci ke 6.5-inci dengan menarik bahagian atas peranti keluar. Terdapat mekanisme yang menggulung semula skrin untuk disimpan apabila tidak digunakan. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna peranti akan dihasilkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd