Cari @ Amanz

Cip Snapdragon 855 yang merupakan cip paling berkuasa digunakan pada peranti Android tahun ini dikilangkan oleh pihak TSMC menerusi teknologi 7nm. Untuk peranti mercu tahun hadapan cip Snapdragon 865, Qualcomm dilaporkan telah memilih Samsung Foundry sebagai pengilang.

Ini adalah menurut laporan media Korea The Elec. Cip Snapdragon 865 ini akan dihasilkan menggunakan teknologi 7nm EUV Samsung. Pengeluaran awal cip ini akan dilakukan pada bulan September dengan pengeluaran skala besar dilakukan bermula Februari 2020. Selain Qualcomm, NVIDIA dan IBM turut telah memilih Samsung untuk menghasilkan cip 7nm generasi terkini mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd