MSI Menawarkan Sokongan Memainkan Permainan Android Pada Kadar 240FPS Di Komputer
MSI

MSI Menawarkan Sokongan Memainkan Permainan Android Pada Kadar 240FPS Di Komputer

Diterbitkan pada June 13, 2019 oleh .

MSI dan BlueStacks sebelum ini telah pun bekerjasama, sekaligus menawarkan pelagak permainan Android pada komputer, dinamakan MSI App Player. Ini sekaligus memudahkan para peminat permua untuk memainkan permainan Android pilihan mereka terus pada komputer dengan mudah.

MSI App Player

Menariknya, hari ini, MSI turut mengumumkan kemaskini untuknya, dan kelak ia akan membolehkan pengguna memainkan permainan Android di komputer mereka pada kadar mencapai 240FPS. Walaubagaimanapun, ia hanya disokong pada beberapa komputer terpilih berdasarkan pada paparan dengan kadar segar semula 240Hz.

Bagi anda yang menggunakan komputer MSI, mungkin boleh menyemak aplikasi MSI App Player yang hadir terbina pada komputer anda – atau turut memuat-turun ia terus melalui laman rasmi MSI.


TIPS & ULASAN