Google Menghentikan Sokongan Daydream VR Untuk Aplikasi Play Movies

Google Menghentikan Sokongan Daydream VR Untuk Aplikasi Play Movies

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Adakah peranti realiti maya semakin hampir untuk pupus pada peranti Android? Jawapannya besar kemungkinan adalah ya. Hari ini sokongan untuk Daydream VR akhirnya dihentikan untuk aplikasi Play Movies and TV. Aplikasi ini tidak lagi ditawarkan untuk peranti realiti maya buatan Google sendiri.

Pengguna yang ingin menonton filem dan TV secara realiti maya kini hanya boleh mengakses fungsi ini menerusi aplikasi YouTube. Kandungan yang ditawarkan adalah terhad dan kurang mesra pengguna. Sejak enam bulan kebelakangan ini beberapa produk realiti maya seperti Jump dan Google Spotlight telahpun dihentikan. Jelas sekali realiti maya kini bukan lagi tumpuan utama berbanding tiga tahun yang lalu


TIPS & ULASAN