Aplikasi Wear OS Hadir Dengan Fungsi Mengurus ‘Tiles’

Aplikasi Wear OS Hadir Dengan Fungsi Mengurus ‘Tiles’

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Awal bulan Mei lepas, Google telah mengemaskini Wear OS dengan sokongan ‘Tiles’, yang mana adalah widget untuk akses pelbagai aplikasi dan informasi. Dalam kemaskini ini, Google membawakan¬†Tiles Goals (untuk Google Fit), acara seterusnya, Forecast (cuaca), Heart rate, Headlines, dan Timer.

Terkini, Google telah mengemaskini pula aplikasi Wear OS untuk memudahkan pengguna menguruskan Tiles ini melalui telefon pintar. Jadi, pengguna tidak lagi perlu menekan lama pada sesuatu Tiles dan membawanya ke kedudukan pilihan yang digemari.

Kemaskini ini hadir dari bahagian pelayan, jadi ia adalah secara berperingkat. Jika anda inginkan fungsi ini, nantikan sahaja dengan penuh kesabaran.


TIPS & ULASAN