Jualan Huawei Mate X Ditangguhkan Ke Bulan September

Jualan Huawei Mate X Ditangguhkan Ke Bulan September

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Samsung pada sebelum ini telah pun menangguhkan jualan Samsung Galaxy Fold berikutan daripada isu kerosakan pada peranti. Pesainganya iaitu Huawei Mate X turut ditangguhkan jualannya, yang mana bakal mengambil masa sehingga ke September.

Ia dilaporkan oleh Android Authority, yang mana mereka menerima berita penangguhan ini daripada seorang jurucakap Huawei. Namun begitu, sebab mengapa ia ditangguhkan tidak dikongsikan, sekaligus menimbulkan sedikit tanda tanya.

CNBC pernah melaporkan bahawa Huawei ingin melanjutkan sesi percubaan dan ujian ketahanan peranti, selepas melihat apa yang terjadi pada Samsung Galaxy Fold. Menurut The Wall Street Journal, jualan Mate X ditangguhkan kerana Huawei ingin meningkatkan kualiti binaan pada bahagian skrin yang boleh dilipat.

Samsung Galaxy Fold antara peranti boleh-lipat terawal yang menerima isu kerosakan yang serius, selepas beberapa hari peranti tersebut diterima oleh sejumlah pengulas teknologi. Sebagai langkah berjaga-jaga, Huawei nampaknya tidak ingin melihat masalah ini berlaku, sekaligus menangguhkannya untuk mendapatkan binaan peranti yang lebih baik.


TIPS & ULASAN