Cari @ Amanz

Amerika Syarikat mengenakan sekatan perdagangan ke atas Huawei pada bulan lalu. Ini adalah kerana Huawei dituduh terlibat dalam proses pengintipan bagi pihak kerajaan China. Menurut laporan Bloomberg hari ini, Huawei dipercayai menjangka jualan peranti pintar mereka untuk pasaran antarabangsa merosot di antara 40-60% tahun ini.

Menurut laporan yang sama, Huawei kini sedang melihat sambutan terhadap jualan peranti Honor 20 di Eropah. Peranti tersebut akan mula dijual di Eropah pada 21 Jun hadapan. Ketika laporan ditulis, beberapa syarikat telekomunikasi Perancis telahpun memilih untuk tidak menjual Honor 20 kerana menjangka kurang sambutan dari pengguna pasca sekatan yang dikenakan A.S

Tahun lalu Huawei menjual 206 juta peranti pintar. Huawei kini menjangka pengurangan di antara 40-6o juta peranti pada pasaran antarabangsa. Bagi mengurangkan pergantungan kepada Amerika Syarikat, Huawei dipercayai akan melancarkan peranti dengan sistem operasi HongMeng OS seawal Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd