Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini, badan piawaian USB mengumumkan bahawa sambungan USB paling baharu, USB4 akan diperkenalkan tahun ini, dan menjanjikan kelajuan penghantaran data sehingga 40Gbps.

Terkini, USB Promoter Group telah mengumumkan bahawa sambungan USB4 kini berada pada versi 0.7, dan bakal menerima spesifikasi terakhir pada musim panas tahun ini.

Apa yang lebih menariknya ialah badan piawaian tersebut turut mengumumkan bahawa peranti-peranti yang menggunakan sambungan ini dikatakan akan tiba di pasaran pada penghujung tahun 2020 kelak.

Peranti-peranti ini juga akan terus menggunakan palam USB-C yang diperkenalkan bersama-sama dengan sokongan USB 3.1. Malah, sambungan USB4 ini dibangunkan bersama-sama dengan Intel yang mencipta sambungan Thunderbolt yang juga hadir dengan kelajuan penghantaran data 30-40Gbps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd