iOS 13 Akan Mengeluarkan Notis Sekiranya Anda Membuang Aplikasi Yang Mempunyai Langganan Aktif
Arib Ismail
Apple pada hari ini telah pun melancarkan iOS 13 beta 2 selepas iOS 13 versi beta diperkenalkan pada awal Jun lalu. Apa yang menarik pada versi beta kali ini, mereka telah menyertakan sebuah paparan notis baru apabila pengguna membuang aplikasi dengan langganan aktif.
Perkara ini dijumpai oleh seorang pengguna Twitter apabila beliau ingin membuang sesebuah aplikasi. Apabila aplikasi yang mempunyai langganan aktif dibuang, anda akan diberikan sebuah notis dalam bentuk ‘pop-up‘ kecil. Notis ini akan menerangkan jenis langganan yang sedang aktif berserta tarikh pembaharuan langganan.
Never seen this alert before – Apple now tells you if an app you're deleting has a subscription still active. Good move.
(Taken on iOS 13 beta 2.) pic.twitter.com/WU57nS8Ziv
— Federico Viticci (@viticci) June 18, 2019
Apa yang menarik lagi, notis ini turut akan memudahkan anda menuju ke halaman ‘manage subscription‘ untuk menguruskan langganan yang sedang aktif pada akaun anda. Sekiranya anda ingin meneruskan sesebuah langganan perkhidmatan, anda boleh menekan butang ‘keep‘ di bahagian bawah notis ini.
Fungsi ini dijangka akan hadir pada versi akhir iOS 13 yang mana bakal diperkenalkan pada pertengahan September tahun ini. Sistem operasi ini bakal diedarkan kepada semua iPhone dan iPad yang sedia menyertakan memori minimum 2GB RAM.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.