OnePlus 7 Pro Telah Terjual 10 Kali Ganda Lebih Banyak Berbanding Galaxy S10+ Di China

OnePlus 7 Pro Telah Terjual 10 Kali Ganda Lebih Banyak Berbanding Galaxy S10+ Di China

Diterbitkan pada June 18, 2019 oleh .

Penjualan peranti Samsung nampaknya kian merudum di China akibat penawaran peranti yang lebih mampu berpatutan di sana. Perkara ini telah menyebabkan OnePlus berjaya meraih jualan yang lebih tinggi, walaupun peranti ini lebih lewat dilancarkan berbanding Samsung Galaxy S10+.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Twitter @UniverseIce, laman jualan JD.com telah memperlihatkan statistik jualan yang menarik bagi kedua-dua model ini. OnePlus 7 Pro telah terjual lebih 250,372 unit, berbanding Samsung Galaxy S10+ yang hanya berjaya dijual sekitar 23,266 unit.

Beliau turut berpendapat bahawa penyertaan skrin 2K AMOLED 90Hz telah menjadi penyebab kepada peningkatan jualan peranti OnePlus 7 Pro ini. Pembeli atas talian di sana lebih cenderung untuk memilih peranti dengan refresh rate yang tinggi kerana untuk memainkan permainan mudah-alih dengan lebih lancar.

Walau bagaimanapun, penjualan peranti OnePlus 7 Pro ini tidak mencerminkan kejayaannya di negara-negara lain, terutama di Malaysia.

Untuk pasaran tempatan, OnePlus 7 Pro dijual pada harga bermula RM2999 untuk variasi 6GB RAM + 128GB. Sebaliknya untuk Samsung Galaxy S10+, ia kini sudah boleh didapati serendah RM2859 bagi variasi 8GB RAM + 128GB.


TIPS & ULASAN