Samsung Dijangka Melancarkan Galaxy Note 10 Pada 7 Ogos

Samsung Dijangka Melancarkan Galaxy Note 10 Pada 7 Ogos

Diterbitkan pada June 19, 2019 oleh .

Samsung kebiasaannya akan melancarkan telefon pintar mercu dibawah keluarga Galaxy Note sekitar bulan Ogos. Pada tahun ini, mereka bakal melancarkan Galaxy Note 10, dan mengikut laporan awal daripada CNET, Samsung dijangka akan melancarkannya pada 7 Ogos 2019 kelak.

Samsung Galaxy Note 10 dijangka akan menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik, dan semestinya yang akan menjadi fokus utama padanya adalah sokongan S-Pen. Mengikut beberapa desas-desus, Samsung dikatakan mungkin menyertakan sokongan pengecasan pantas bersama dengannya, dan ia juga mungkin membuang sokongan bicu audio 3.5mm.

Samsung dijangka memperkenalkan dua telefon pintar dibawah siri Galaxy Note 10, iaitu versi biasa dan juga Note 10 Pro.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai Galaxy Note 10 ini dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN