Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Pembesar Suara Dalam Skrin

Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Pembesar Suara Dalam Skrin

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Samsung Galaxy Note 10 kemungkinan besar akan dilancarkan pada 7 Ogos hadapan. Tidak seperti tahun lalu, dua model Galaxy Note 10 akan dilancarkan bagi memberikan pilihan yang lebih banyak kepada pengguna. Hari ini kedengaran ura-ura bahawa model tahun ini akan akhirnya membawakan fungsi Sound on Display (SoD) iaitu pembesar suara terbina dalam skrin.

Ini adalah menurut ciapan dari peniris Ice Universe. Kemungkinan teknologi SoD digunakan adalah tinggi kerana pelindung skrin Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Pro yang telah tertiris. Sebelum ini teknologi SOD telahpun diperlihatkan pada sebuah peranti prototaip Samsung tahun lalu. Setakat ini hanya sebilangan kecil peranti seperti P30 Pro mempunyai sistem pembesar suara terbina dalam skrin ini.


TIPS & ULASAN