Mi Band 4 Versi Global Tidak Akan Hadir Dengan NFC Dan Fungsi Kawalan Suara

Mi Band 4 Versi Global Tidak Akan Hadir Dengan NFC Dan Fungsi Kawalan Suara

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Mi Band 4 adalah peranti boleh pakai terbaru dari Xiaomi. Perbezaan paling jelas Mi Band 3 dan Mi Band 4 model model asas adalah, ia mempunyai skrin berwarna, sokongan mengawal muzik dan juga sokongan kawalan suara. Akan tetapi, untuk sokongan kawalan suara ia hanya terhad untuk pengguna di China – kerana pembantu mayanya adalah Xiao Ai dan hanya berfungsi dengan baik di negara sana sahaja.

Terkini, terdapat laporan yang mengatakan Mi Band 4 versi global tidak akan mempunyai sokongan kawalan suara dan juga NFC. Laporan ini adalah daripada XDA yang mengatakan set rasmi Mi Band 4 di Eropah tidak mempunyai dua fungsi tersebut. Wakil Xiaomi turut mengesahkan yang NFC dan fungsi kawalan suara hanya terhad untuk set yang dijual di China sahaja. Untuk NFC, ia tidak boleh disertakan kerana di China ia digunakan untuk sistem pembayaran, tiket pengangkutan awam atau juga menyahkunci pintu di China sahaja.

Xiaomi Global sudah mula menjual Mi Band 4 di Shopee. Jadi, dengan fungsi kawalan suara yang telah dibuang – ada kemungkinan harga Mi Band 4 akan lebih murah berbanding harga jualan semasa.


TIPS & ULASAN