Presiden Donald Trump bercadang untuk mengenakan tarif ke atas pelbagai barangan dari China yang diimport masuk ke Amerika Syarikat. Selama ini kita hanya mendengar produk Apple yang akan menerima impak besar sehingga mereka mungkin memindahkan pengilangan ke Malaysia. Menurut laporan Bloomberg hari ini, Microsoft, Intel, Dell dan HP kini menentang cadangan tarif dikenakan pada komputer riba dan tablet.
Keempat-empat syarikat ini memegang 52% pasaran komputer riba dan tablet di Amerika Syarikat. Pengenalan tarif kelak akan menyebabkan harga jualan melonjak sehingga 19% atau secara purata $120 (~RM500). Ini dikhuatiri akan mendatangkan impak yang negatif kepada pengguna dan industri.
Mereka juga berkata telah membelanjakan $35 bilion (~RM 145 bilion) secara kolektif untuk penyelidikan dan pembangunan pada tahun 2018 sahaja. Kos membayar tarif akan menyebabkan wang dibelanjakan untuk berinovasi berkurangan.