iQOO Bakal Melancarkan iQOO Neo – Peranti Permua Pada Harga Lebih Mampu Milik

iQOO Bakal Melancarkan iQOO Neo – Peranti Permua Pada Harga Lebih Mampu Milik

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

iQOO adalah sub-jenama daripada Vivo, yang mana jenama ini memfokuskan peranti permua sahaja. Peranti mercu pertama mereka, iQOO dilancarkan pada bulan Mac lepas dan hadir dengan spesifikasi menarik seperti Snapdragon 855, 12GB RAM dan juga sistem pengecasan pantas 45 Minit sudah penuh.

Terkini, mereka telah hadir dengan poster acah buat peranti baru – iQOO Neo. iQOO Neo adalah peranti kelas pertengahan premium mereka yang dikatakan turut akan memfokuskan permua. Peranti ini dilihat hadir dengan sistem tri-kamera, lampu LED flash terbina di bahagian lensa dan juga skrin bertakuk kecil. Menurut laporan, peranti ini akan dijana dengan Snapdragon 845, memori 6GB RAM, mungkin bateri 4000mAH dan sistem pengecasan pantas hanya 22.5W.

Menurut sumber lagi, peranti ini dipercayai adalah peranti Vivo V1914A – yang dilihat sudah diuji tanda arasnya sejak Mei lepas. Peranti yang sama ini juga dilihat turut telah didaftarkan dalam 3C di China. Jika harga asas iQOO adalah sekitar RM1821, iQOO Neo pasti akan dijual pada harga yang lebih murah.


TIPS & ULASAN