Northrop Grumman Dan Raytheon Mengesahkan Pembangunan Peluru Berpandu Hipersonik

Northrop Grumman Dan Raytheon Mengesahkan Pembangunan Peluru Berpandu Hipersonik

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Peluru berpandu moden diperkenalkan di medan perang oleh Nazi ketika perang dunia kedua. Dua peluru berpandu V1 dan V2 direka khusus untuk membalas dendam ke atas pengeboman kota-kota Jerman oleh tentera berikat dengan London menjadi sasaran utama. Ketika perang teluk kedua, 23 peluru berpandu Tomahawk membedil Baghdad dengan tepat dari kapal perang yang terletak ratusan kilometer jauhnya.

Kerana bahaya dari serangan peluru berpandu, sistem penangkis seperti Patriot dibangunkan. Untuk mengalahkan sistem penangkis, peluru berpandu hipersonik telah mula dibangunkan. Northrop Grumman dan Raytheon telah mengumumkan projek pembangunan peluru berpandu hipersonik mereka di Paris Air Show minggu ini.

Menerusi projek Hypersonic Air-breathing Weapon Concept (HAWC), peluru berpandu yang menggunakan enjin scramjet akan dibangunkan oleh mereka untuk DARPA dan Tentera Udara Amerika Syarikat. Dana sebanyak $200 juta akan digunakan bagi membolehkan peluru berpandu bergerak pada kelajuan Mach 5 (hampir 6000 kilometer sejam).

Tidak ada sistem penangkis semasa boleh menembak jatuh peluru berpandu pada kelajuan ini. Pembangunan peluru berpandu yang menggunakan enjin dimulakan kerana sistem roket hanya boleh berfungsi untuk waktu yang pendek sebelum ini melungsur ke sasaran pada kelajuan yang lebih rendah.

Peluru berpandu terpantas di dunia sekarang ialah BrahMos dengan kelajuan Mach 3. India dan Russia sedang membangunkan BrahMos II yang turut mensasarkan kelajuan Mach 5.


TIPS & ULASAN