Google Menghentikan Pengeluaran Tablet Untuk Menumpukan Perhatian Kepada Komputer Riba

Google Menghentikan Pengeluaran Tablet Untuk Menumpukan Perhatian Kepada Komputer Riba

Diterbitkan pada June 21, 2019 oleh .

Komputer tablet Google Pixe Slate dilancarkan tahun lalu tetapi kurang mendapat sambutan. Adalah agak sukar melihat ia digunakan di dunia sebenar berbanding telefon pintar Pixel keluaran mereka. Menurut laporan Computer World, Google kini secara rasmi tidak lagi akan mengeluarkan komputer tablet bagi menumpukan perhatian kepada komputer riba.

Kakitangan Google menerima arahan menghentikan pembangunan dua komputer tablet yang sedang dilakukan serta merta semalam menurut sumber Computer World. Kedua-duanya sebelum ini dikatakan akan dilancarkan tahun hadapan dengan rekaan lebih kecil berbanding Pixel Slate. Pada bulan Mac lalu kami melaporkan bahagian pembangunan tablet dan komputer riba Google telah dikecilkan. Pengumuman hari ini mengesahkan apa yang didengari sebelum ini.

Dengan kata lain sebarang tablet yang tidak mempunyai papan kekunci fizikal tidak akan lagi dihasilkan oleh Google. Komputer riba dua dalam satu seperti Pixelbook masih lagi akan dihasilkan walaupun ia boleh dilipat untuk menjadi tablet sepenuhnya.


TIPS & ULASAN