Huawei melancarkan dua peranti baharu Nova 5 dan Nova 5 Pro sebentar tadi. Nova 5 ialah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cip terbaru mereka iaitu HiSilicon Kirin 810. Cip ini adalah yang keempat di pasaran yang dihasilkan menggunakan teknologi 7nm TSMC.
Sebelum ini hanya Snapdragon 855, Kirin 980 dan Apple A12 dihasilkan menggunakan teknologi ini. Sekaligus menjadikan Huawei pengeluar pertama yang mempunyai dua cip buatan sendiri 7nm.
Dari segi spesifikasi Kirin 81o dilengkapi dua teras Cortex-A76 pada kelajuan 2.27GHz dan enam teras Cortex-A55 pada kelajuan 1.88GHz. GPU yang digunakan pula ialah Mali G-52. Turut disertakan ialah cip NPU DaVinci yang menggerakkan sistem kecerdasan buatan HiAI 2.0.