Huawei Mate X Akan Dilancarkan Sebelum Oktober Menggunakan Android

Huawei Mate X Akan Dilancarkan Sebelum Oktober Menggunakan Android

Diterbitkan pada June 23, 2019 oleh .

Seperti Samsung Galaxy Fold. Huawei Mate X telah ditangguhkan jualannya bagi memastikan tiada masalah akan melanda pengguna yang membelinya kelak. Seperti Samsung, Huawei masih belum mengumumkan bilakan peranti dengan skrin boleh lipat ini akan tiba di pasaran. Menurut laporan Techradar, besar kemungkinan Mate X akan dilancarkan sebelum bulan Oktober 2019.

Huawei Mate XIni adalah selepas menemuramah Vincent Pang yang merupakan presiden Huawei rantau Eropah Barat. Menurut beliau Mate X tidak akan dilancarkan selepas bulan Oktober. Berita baik di sini ialah ia akan menggunakan sistem operasi Android dan bukannya HongMeng OS seperti yang diramalkan sesetengah pihak.

Mate X akan ditawarkan di kesemua negara yang sudahpun mempunyai rangkaian 5G kecuali Amerika Syarikat. Peranti sedang menjalani pelbagai ujian rahsia bagi menguji ketahanan skrin boleh lipat bagi mengelakkan ia turut mengalami masalah seperti Galaxy Fold.



TIPS & ULASAN