Cari @ Amanz

Razer pada sebelum ini telah hadir dengan aplikasi Razer Pay yang menyertakan sejumlah perkhidmatan pembayaran di dalamnya. Untuk menjadikan Razer Pay ini lebih bermanfaat kepada pengguna, pihak Razer telah berkerjasama dengan Visa dalam memperluaskan kaedah pembayaran di dalam aplikasi ini.

Kerjasama ini diadakan untuk memudahkan pengguna Razer Pay mengakses perkhidmatan nirtunai yang sedia ditawarkan oleh Visa. Visa boleh digunakan pada 54 juta lokasi di seluruh dunia, sekaligus membolehkan pengguna melakukan transaksi nirtunai dengan mudah dan pantas.

Melalui kerjasama ini, Razer Fintech dan Visa akan membangunkan kad Visa maya dalam bentuk prabayar untuk disertakan di dalam Razer Pay. Dengan penyertaan sistem ini, pengguna boleh meletakkan wang dan menggunakannya pada mana-mana terminal pembayaran Visa.

Perkhidmatan ini dijangka akan diperkenalkan di beberapa buah negara terlebih dahulu, bermula di negara-negara sekitar Asia Pasifik. Pengguna dapat mencubanya dalam masa beberapa bulan lagi dan dijangka akan diperluaskan ke negara-negara lain selepas ia berjaya diuji secara sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd