Razer Pay Dilancarkan – Sebuah Lagi Perkhidmatan Dompet Nirtunai Di Malaysia

Razer Pay Dilancarkan – Sebuah Lagi Perkhidmatan Dompet Nirtunai Di Malaysia

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Kehadiran pengasas Razer ke Malaysia dua hari yang lalu menimbulkan beberapa spekulasi. Adakah kedai Razer akan akhirnya dibuka di Malaysia? Teka-teki terjawab pagi ini dengan munculnya aplikasi baru Razer Pay yang merupakan sebuah lagi perkhidmatan dompet nirtunai tetapi lebih mensasarkan golongan peminat permainan video.

Menerusi Razer Pay pengguna boleh menambah nilai kredit talian pra-bayar telefon, zGold, iFlix, njoi, Steam Wallet, Garena, PlayStation Network, Blizzard dan  banyak lagi. Jumlah kredit di dalam Razer Pay boleh ditambah menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian utama atau pin Razer Pay yang boleh dibeli di rangkaian 7-Eleven,

Razer Pay sebenarnya menggantikan perkhidmatan One2Pay milik MOL Global sebelum ini. Penjenamaan semula ini dilakukan selepas Razer mengambil alih 65% pegangan MOL Global pada April tahun ini.

Bagi pengguna Malaysia yang berdaftar hari ini, mereka akan menerima kredit RM10 secara percuma. Aplikasi Razer Pay kini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.

Muat turun Razer Pay versi Android menerusi Play Store

Muat turun Razer Pay versi iOS menerusi App Store


TIPS & ULASAN