Trio Menawarkan Dua Skrin Tambahan Mudah Alih Untuk Komputer Riba

Trio Menawarkan Dua Skrin Tambahan Mudah Alih Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada June 25, 2019 oleh .

Satu sebab mengapa kami gemar melakukan kerja menggunakan desktop adalah kerana kami boleh menyambung dua monitor secara serentak. Kerja dapat dilakukan dengan lebih pantas tanpa perlu bertukar aplikasi dengan kerap. Pada komputer riba ini tidak dapat dilakukan dengan mudah terutamanya ketika berada di luar. Tahun lalu Duo dilancarkan oleh Mobile Pixel yang menambah skrin sekunder pada komputer riba.

Mobile Pixel kini kembali dengan Trio pula yang menambah dua skrin pada komputer riba. Seperti Duo, skrin Trio boleh dilipat pada bahagian belakang penutup apabila tidak digunakan. Dua model ditawarkan dengan saiz skrin 12.5″ dan 14″. Ia dilekapkan pada komputer riba menggunakan magnet.

Kedua-dua skrin menyokong resolusi 1080P dan sambungan USB. Menarik sekali ia boleh ditanggalkan dengan tongkat terbina yang membolehkan ia digunakan seperti monitor komputer biasa. Berat maksimum Trio pula ialah sekitar 900 gram sahaja untuk model 14″. Trio sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dan boleh dimiliki pada harga bermula $179 (~RM 742).



TIPS & ULASAN