Nokia 2.2 Dengan Android One Berharga RM399 Di Malaysia

Nokia 2.2 Dengan Android One Berharga RM399 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 26, 2019 oleh .

HMD Global hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 2.2. Telefon pintar dengan spesifikasi asas ini hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik, pada harga yang sangat kompetitif.

Nokia 2.2 menggunakan skrin 5.71-inci, dijana cip MediaTek Helio A22, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Melengkapkannya ia juga adalah bateri 3000mAh, selain sokongan bicu audio 3.5mm, selain sokongan butang fizikal Google Assistant.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar berasaskan Android One ini pada harga RM399 bermula 28 Jun 2019 di Malaysia.


TIPS & ULASAN